MBBY Logo

 

  • Home
    • Contact Us
  • About Us
    • Membership
    • Form
  • Activites
    • MBBY Children in Crisis Fund
    • Seminar on Animation & Creative Content
    • International Conference on Children's Book
    • MBBY-Pelangi Novel Writing Contest
  • Links
    • Bookbird
    • IBBY
    • MBKM
  • MBBY Bulletin
    • No. 2, June 2010
    • No. 3, September 2010
    • No. 4, January-March 2011

Activities

 


 

FESTIVAL BUKU KANAK-KANAK 2011

 

Dengan bertemakan "Riang Ria Membaca", festival anjuran bersama MBKM, MBBY, Perbadanan Kota Buku, MABOPA, dan Perpustakaan Kuala Lumpur ini akan diadakan pada 27 Oktober hingga 2 November 2011 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsing sepanjang Festival ini. Antaranya ialah Sesi Bercerita & Pertandingan Bercerita, Demontrasi Origami, Sesi Bersama Penulis, Pameran Buku OKU, dan pelbagai gerai jualan buku.

 

Jadual aktiviti >>

 


 

TABUNG MBBY UNTUK KANAK-KANAK DALAM KRISIS

 

Tujuan Tabung ini adalah untuk menawarkan bantuan kepada kanak-kanak yang menghadapi malapetaka dalam kehidupan mereka seperti bencana alam, peperangan atau kemunduran. Diharap program ini bukan sahaja akan memberi sokongan dan pertolongan tetapi juga kesan jangka panjang dalam sesebuah komuniti dan seterusnya memenuhi matlamat MBBY untuk memperjuangkan Hak Menjadi Pembaca bagi kanak-kanak.

 

Maklumat lanjut >>

 


 

SEMINAR ANIMASI & KANDUNGAN KREATIF

23 Disember 2010, di Bilik Johor Kedah, PWTC, Kuala Lumpur

 

Seminar ini dirangka sebagai wadah bagi para penggiat industri animasi, penyiaran, penerbitan, pengamal media dan ahli akademik bagi menganalisis dan memberi pandangan serta cadangan ke arah pembangunan industri dan kandungan kreatif yang lebih mantap di Malaysia. Seminar ini diadakan sempena Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010.

 

Maklumat lanjut >>

 


 

BENGKEL ILUSTRASI & PAPAN CERITA UNTUK ANIMASI

22 Disember 2010, FSSS, UM

 

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penghasilan ilustrasi dan papan cerita untuk animasi. Peserta akan dibimbing melalui kaedah penerokaan teknik penghasilan sesebuah cerita iaitu bagaimana mengangkat dan menggabungkan nilai-nilai cerita seperti elemen sedih, seronok, permasalahan, awalan cerita, puncak cerita, dan akhiran cerita dan tidak ketinggalan juga garapan unsur kelakar.

 

Maklumat lanjut >>

 


 

 

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BUKU KANAK-KANAK 2010

22-23 Mac 2010, di PWTC, Kuala Lumpur

 

Persidangan ini diadakan secara berkala di peringkat nasional dan antarabangsa dengan kegiatan yang meliputi seminar, bengkel dan pameran. Tahun 2010 menyaksikan Persidangan bagi kali yang keempat dan diadakan sempena PBAKL 2010.

 

Maklumat lanjut >>

 


 

PERADUAN MENGARANG NOVEL REMAJA MBBY-PELANGI

Tarikh akhir penghantaran karya: 30 Mac 2010

 

Pertandingan ini merupakan projek usahasama antara Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan Pelangi Publishing Group selaku pihak penaja.

 

Maklumat lanjut >>

 


 

ANUGERAH BITARA MBBY

 

Mengadakan penganugerahan MBBY Honour List yang dikenali sebagai Anugerah Bitara MBBY. Anugerah ini adalah bagi buku-buku terbaik untuk menggalakkan buku-buku bermutu di samping mendapatkan pencalonan IBBY Honour List bagi peringkat Malaysia. Anugerah ini sejajar dengan IBBY Honour List.

 


 

BENGKEL PENULISAN

 

Bengkel ini bertujuan untuk membina kepangarangan dalam kalangan bakat-bakat baru supaya dapat menghasilkan karya-karya penulisan yang berkualiti. Fasilitator tempatan dan antarabangsa dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel ini yang diadakan secara intensif.

 


 

BENGKELILUSTRASI

 

Bengkel ini diadakan untuk menggalakkan bakat-bakat baru dalam bidang seni ilustrasi khususnya untuk buku kanak-kanak berilustrasi.

 

 

 

 


 

PROMOSI BUKU

 

Aktiviti promosi dilakukan di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk mengetengahkan karyawan dan karya-karya mereka.

 

 

 


 

 

 

 

 

Home | About Us | Activities | Links | MBBY Bulletin
Copyright @ 2010. Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia. All rights reserved.