MBBY Logo

 

  • Home
    • Contact Us
  • About Us
    • Membership
    • Form
  • Activites
    • MBBY Children in Crisis Fund
    • Seminar on Animation & Creative Content
    • International Conference on Children's Book
  • Links
    • Bookbird
    • IBBY
    • MBKM
  • MBBY Bulletin
    • No. 2, Jun 2010
    • No. 3, September 2010
    • No. 4, January-March 2011

PERADUAN MENGARANG NOVEL REMAJA MBBY-PELANGI

 


 

 

PENGENALAN

  • Mencungkil bakat penulisan dalam bidang novel remaja.

  • Melahirkan penulis sastera kreatif.

  • Mengembangkan bidang kesusasteraan di Malaysia.

  • Menambahkan bahan bacaan sastera untuk generasi muda.

  • Memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan penghasilan karya yang bermutu.

     

    PENYELARAS PROJEK

    Penaja : Pelangi Publishing Group

    Pengelola : Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY)

     

     

    PENGENALAN PROJEK

  • Suatu peraduan mengarang novel dalam bahasa Malaysia untuk remaja.
  • Peraduan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Makluman tentang pertandingan ini akan disebarkan di akhbar tempatan dan Internet.
  • Tiada yuran penyertaan dikenakan.
  • Semua karya akan dinilai oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak MBBY. Pihak MBBY juga akan melantik urus setia dan ahli jawatankuasa pertandingan.

  • Karya yang terbaik akan menerima hadiah daripada pihak penganjur selain karya mereka diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pelangi. Hak cipta untuk karya yang tidak dipilih tidak terikat oleh pihak penganjur.
  •  

     

    PERLAKSANAAN

  • Tema penulisan adalah bebas, tetapi hendaklah mengutamakan nilai-nilai murni dan budaya Malaysia. Karya mestilah asli, belum pernah menyertai sebarang peraduan, dan belum diterbitkan oleh mana-mana penerbit.
  • Peserta boleh menghantar maksimum dua karya. Bagaimanapun hanya satu karya yang akan dipilih untuk penerimaan hadiah.

  • Karya yang dihantar hendaklah setebal 200 hingga 300 halaman bersaiz A4, ditaip menggunakan fon Arial 12 poin, dan berselang dua baris (double line spacing) dengan birai kiri dan kanan dalam jarak 1 inci.

  • Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.pelangibooks.com.

  • Karya dalam bentuk bercetak dan soft copy berserta borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 Mac 2010, kepada Urus Setia Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (U.P.: Siti Ezaleila Mustafa).

  • Pemenang-pemenang akan dihubungi untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah. Selain itu, senarai pemenang akan diumumkan menerusi laman web www.pelangibooks.com.

     

    Hadiah Pertandingan

    1. Tempat pertama: Wang tunai RM5000.00
    2. Tempat kedua : Wang tunai RM3000.00

    3. Tempat ketiga: Wang tunai RM2000.00

    4. Lima hadiah sagu hati: RM500.00 setiap satu

     

     

  •  

     

     

    Home | About Us | Activities | Links | MBBY Bulletin
    Copyright @ 2010. Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia. All rights reserved.