PERSIDANGAN ANTARABANGSA BUKU KANAK-KANAK 2010
International Conference on Children's Book
22-23 Mac 2010, Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Jadual Program dan Kertas Kerja
PENGENALAN
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) menganjurkan Persidangan Buku Kanak-kanak dengan tema "Literasi Kanak-kanak dalam Dunia Yang Berubah" (Children's Literacy in the Changing World). Bagi MBBY, ini merupakan persidangan yang ke-4 yang telah dijalankan sejak tahun 2004.
Lima aktiviti akan dijalankan sepanjang Persidangan ini iaitu satu sesi Seminar, dua sesi Bengkel Selari dan satu Pameran & Peraduan Ilustrasi.
OBJEKTIF
AKTIVITI
AKTIVITI 1: SEMINAR BUKU KANAK-KANAK
Beberapa pembentang kertas kerja akan dijemput untuk membicarakan tajuk-tajuk penting yang berkaitan dengan tema persidangan ini, iaitu "Literasi Kanak-kanak dalam Dunia Yang Berubah". Seminar ini dibuka kepada semua peserta persidangan sebelum mereka masuk ke bengkel masing-masing.
AKTIVITI 2: BENGKEL PENULISAN BUKU KANAK-KANAK
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr Amidah Abdul Hamid, penulis dan penilai buku yang berpengalaman. Beliau akan meneroka proses penulisan bersama-sama dengan para peserta dan menukarkan idea ke dalam karya yang menarik dan berkesan. Pada akhir bengkel, setiap peserta diharap dapat menghasilkan manuskrip yang boleh diterbitkan. Untuk menyertai bengkel ini setiap peserta hendaklah bersedia dengan idea atau kerangka cerita kanak-kanak.
AKTIVITI 3: BENGKEL ILUSTRASI BUKU KANAK-KANAK
Bengkel ini akan dipimpin oleh ilustrator terkenal, iaitu Yusof Gajah. Beliau akan membimbing peserta tentang peri pentingnya kefahaman tentang hubungan antara imej dan teks dalam penghasilan buku kanak-kanak yang berjaya. Pendekatannya memberi tumpuan pada teknik-teknik penting dalam ilustrasi untuk membina eksperimentasi dan profesionalisme. Para peserta perlu mempunyai latar belakang seni dan hendaklah bersedia dengan manuskrip atau cerita untuk buku kanak-kanak.
AKTIVITI 4 dan 5: PAMERAN & PERADUAN ILUSTRASI
Aktiviti ini diselenggarakan oleh Sdr Zamri Ibrahim. Beliau akan mempamerkan ilustrasi-ilustrasi terbaik yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis tempatan untuk tatapan pengunjung. Beliau juga akan mengendalikan peraduan ilustrasi untuk golongan remaja (13-17 tahun) di tempat pameran. Peserta perlu memilih salah satu daripada tema yang telah ditetapkan, iaitu (i) Tokoh Malaysia; atau (ii) Watak dalam Cerita Malaysia. Sesiapa yang ingin menyertai peraduan ini hendaklah mendaftar lebih awal untuk mendapatkan tempat yang terhad dan perlu membuat ilustrasinya di ruang yang ditetapkan. Peserta perlu membawa alat ilustrasi masing-masing, iaitu sebarang media kering sama ada pensil, charcoal, pensil warna atau krayon. Hanya kertas yang akan disediakan. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai seperti berikut: Pertama: RM250; Kedua: RM150; Ketiga: RM100; dan Lima Saguhati: RM50 setiap satu.
ATUR CARA
PENYERTAAN
Orang ramai yang ingin menyertai persidangan ini boleh melakukan pendaftaran awal dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan dan menghantarnya melalui pos atau faks. Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui e-mel. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18 Mac 2010.
Bayaran untuk bengkel adalah sebanyak RM100.00. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama MAJLIS BUKU KANAK-KANAK DAN REMAJA MALAYSIA (MBBY) dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan. Bayaran boleh juga dibuat semasa pendaftaran hari pertama Persidangan.
FASILITATOR
AJK PERSIDANGAN
Penasihat
Pengerusi Bersama:
Kesetiausahaan:
Ahli Jawatankuasa: