Membership
MBBY merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memperkembangkan penerbitan buku kanak-kanak dan remaja di Malaysia. MBBY adalah ahli gabungan INTERNATIONAL BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE (IBBY) yang beribu pejabat di Basel, Switzerland. Sebanyak 62 buah negara di dunia menjadi ahli IBBY ini.
| 1 | Syarat-Syarat Keahlian |
|---|---|
| 1.1 | Ahli Biasa - terdiri daripada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas |
| 1.2 | Ahli Seumur Hidup - terdiri daripada ahli biasa yang membayar yuran secara sekali gus |
| 1.3 | Ahli Korporat - terdiri daripada badan-badan korporat yang berdaftar dan layak menghantar dua orang wakil ke mesyuarat agung. |
| 1.4 | Ahli Institusi - terdiri daripada institusi pengajian tinggi dan layak menghantar dua orang wakil ke mesyuarat agung. |
| 1.5 | Seorang pelajar universiti atau kolej-universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor universiti yang berkenaan. |
| 2 | Yuran |
|---|---|
| 2.1 | Yuran Masuk dan Yuran Tahunan |
| a. | Ahli Perseorangan | ||
| Tahun Pertama: | Yuran Masuk + Yuran Tahunan = RM 30.00 | ||
| Tahun Berikutnya: | Yuran Tahunan: RM 20.00 | ||
| b. | Ahli Seumur Hidup | Yuran Masuk: RM 200.00 | |
| Yuran Tahunan: Tiada | |||
| c. | Institusi | Yuran Masuk: Tiada | |
| Yuran Tahunan: RM 200.00 | |||
| d. | Korporat | Yuran Masuk: Tiada | |
| Yuran Tahunan: RM 100.00 |
| 2.2 | Yuran tahunan bagi sesuatu tahun hendaklah berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. |
| 2.3 | Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunan lebih daripada tiga tahun akan menerima surat peringatan yang ditanda-tangan oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan. |
| 2.4 | Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari jumlah yuran tahunan tiga tahun dengan sendiriya terhenti daripada menjadi ahli. |
| 2.5 | Jawatankuasa Tertinggi mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. |
| 2.6 | Yuran khas daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. |
| 3. | Jawatankuasa Tertinggi |
|---|---|
| 3.1 | MBBY diurus oleh satu jawatankuasa tertinggi daripada pegawai-pegawai yang dipilih dalam mesyuarat agung, iaitu: |